Sunday, June 30, 2013

Posted by Nur Amy Yussiela at 2:47 AM
ape kate kamu: 
0 comments
Atok ,

Kakyong rindu atok sangat sangat. Terbayang muka atok senyum atok. Terdengar suara atok tawa atok. Ternampak raut wajah sedih lelah gembira atok. Serasa atok masih ada bersama.

Atok,

atok lah atok yang terbaik sedunia. Takkan jumpa pengganti atok. Banyak pesan yang atok tinggalkan. Buat pedoman. Semoga Allah sentiasa merahmati menyayangi atok. Semoga atok dijauhkan dari azab kubur. Semoga Allah jadikan kubur atok sebagai sebahagian dari taman taman syurga. Bukan nya sebahagia dari seksa seksa taman neraka  amin. Yarabbal a'lamin. Alfatihah utk atok .

Halifah Bin Abd Raffar
3 Februari 1932 - 17 Jun 2013


Friday, March 29, 2013

kadang kau..

Posted by Nur Amy Yussiela at 5:41 PM
ape kate kamu: 
0 comments
kadang kau umpama bercakap depan cermin tertuding jari ke muka sendiri
kadang kau berdrama umpama pelakon hebat
kadang kau mengadu domba umpama tiada kerja
kadang kau mereka cerita umpama pengarah tersohor
kadang kau merasa benar umpama malaikat
kadang kau egois umpama raja dunia
kadang kau angkuh umpama punya harta berjuta
dan kadang kau bodoh umpama otak kosong tiada apa apa.



adik manis

Posted by Nur Amy Yussiela at 5:34 PM
ape kate kamu: 
0 comments
assalamualaikum haii :)

entry ini aku tujukan khas untuk adik adik manis yang baru celik mata nak mengenal dunia , baru bertatih berjalan menuju masa depan yang terlalu kabur. hemmph. yg di dalam lingkungan usia (10-17 tahun) yang masih memakai uniform sekolah. mereka ini dekat dgn hidup aku sebagai seorang guru. jadi, membuat aku rasa terpanggil untuk mengatakan beberapa perkara dan berkongsi cerita.

adik adik manis,
usia awak masih muda, usia sy pun muda juga, :) adikadik, sebenarnya masa depan dan dunia ini tak semudah dan tak seindah sebahagia yang kalian bayangkan dan fikirkan. tak percaya? percayalah. nanti bila awak dah meniti usia semakin dewasa baru lah mata awak semua makin terbuka luas memandang isi dunia ini dengan persepsi yang berbeza. masa itu, bermacam perasaan berbaur dalam diri awak. kalau rasa sesal yang menggunung, rugi lah awak. jadi sebelum rasa sesal itu penuh dalam diri awak, bantulah diri sendiri untuk mencorakkan masa depan yang "shine bright like a diamond" :)

adik adik manis,
rasa cinta itu tidak salah. penciptanya adalah Yang Di Atas Sana. yang salahnya bila kita sendiri yang salahgunakan cinta. pesanan ini bukan cuma untuk adik adik, untuk diri sendiri juga. Normallah bila usia menginjak belasan tahun, rasa ingin mencintai dan dicintai itu membuak buak dalam diri. kerana apa? kerana adik adik dah mencapai akil baligh, male and female sex hormones tu dah terhasil. that's why la adikadik attracted dengan yang lain jantina. :) itu lumrah. tapi ada caranya. jangan biar cinta itu menguasai diri adik adik sampai kan awak semua lupa yang awk punya tanggungjawab yang besar. lebih lebih lagi tanggungjwab itu adalah tanggungjawab terhadap diri sendiri. kenapa ibu bapa awak hantar awak ke sekolah, kenapa cikgu cikgu di sekolah marah marah dan mengaja awak. bear in your mind, itu bukan untuk kami semua, itu untuk awak sebenarnya. jadi, tolonglah faham, kami marah kerana kami sayang.

adik adik manis
awak semua manis manis. teruslah menjadi anak yang manis. jangan nanti bila usia meningkat, hilang manis, timbul masam. masam sgt no no no. urrffh. ingat jangan bertuankan cinta semata mata sedang cita cita awak menggunung tingginya. may all your dreams come true.


Monday, March 25, 2013

2nd year

Posted by Nur Amy Yussiela at 10:51 PM
ape kate kamu: 
0 comments
heyy. tomorrow is 26th of march . means dah 2 tahun rupanya cerita itu berlalu. sekejap je. aku pun semakin okay. hubungan kami juga tidak pernah dingin semenjak 2 tahun lepas. kami kawan. eh. tak boleh story lebih lebih nanti kang ada yg mengamuk. garang. takut. alhamdulillah. masing masing ada kerjaya masing masing. alhamdulillah kau semakin berjaya dan bahagia. terima kasih atas semuanya. terima kasih juga kadang masih sudi berkongsi cerita duka dan bahagia kau . mungkin ini yang terbaik :) ingat, jadi anak yg taat. aku kadang kesian pd mak kau bila dia membebel macam macam. ingat, syurga kau pada redha ibumu. kau lelaki.
ingat, jadi abang yg manis. :) adik adik di bawah tanggungjawab kau. sabarlah melayani kehendak mereka. insyaallah. semoga segala yang terbaik utk kau.


A long Time

Posted by Nur Amy Yussiela at 10:43 PM
ape kate kamu: 
0 comments
hye everibadi, assalamualaikum. *tepistepis sawang penuh kat blog*

okay, its been a very long time since i am not write anything in my lovely blog. eh. dah makin hampir ke bulan april 2013. dan ini adalah entry pertama aku untuk tahun 2013. ohh poor me . sebenarnya lappy baru je okay. so baru la dapat menaip memacam. plus dekat rumah sendiri ada streamyx. ohsem. dekat rumah sewa tak ada. so acaner nak surf internet kan. kita tak mampu pakai fon memahal. :(

actually, bila dah  terlalu lama tak bercerita kat blog ni, aku rasa macam speechless pun ada. tak tahu kongsi apa, tak tahu nak membebel tentang apa. tunggu la nanti if aku ada terbaca baca isu apa apa, aku share dgn blog.

p/s : selamat hari polis. alfatihah untuk wira lahad datu yg gugur mempertahankan kedaulatan negara. yg sedang bertugas, teruskan semangat juang kalian. kami sentiasa mendoakan kalian. harap isu pencerobohan ini dpt berakhir segera . amin :)


Thursday, December 13, 2012

Terkilan

Posted by Nur Amy Yussiela at 11:30 PM
ape kate kamu: 
2 comments

Assalamualaikum.

No interesting story actually. Cuma mahu berkongsi sedikit rasa terkilan di hati. Kisah lama. Tp masih boleh dirasa perit nya. Jelas. Aku tau kalian bahgia. Ya, makin boleh menerima dgn terbuka. Satu yg aku pinta, satu kata yg kau tidakkan semenjak dulu. MAAF. Sapa lah aku dgn kata itu. Aku akan membalas seikhlas nya. Mencuba.

Mungkin dgn maaf itu. Aku akan lebih bahagia. InsyaAllah. Tp jika kau tidak pinta, aku tetap akan maafkan walau tidak tau kapan. Kerana bukan aku yg mengambil tiap satunya hakmu.
Maaf. Kerna aku masih wanita biasa yg punya banyak rasa.

Tuesday, December 11, 2012

In love

Posted by Nur Amy Yussiela at 1:36 AM
ape kate kamu: 
0 comments

Am i in love again? Oh soalan yg sgt sgt perit aku nk jawab sekarang. Cinta ke ini? Atau hanya suka. Erm. Suka mungkin. Tapi still. More than enough for me. Buat masa sekarang cukup lah. Lagipun aku terlalu takut untuk meletakkan sebarang harapan. Cukuplah aku sandarkan harapan dan impian aku pda Dia yg satu. Insyaallah ada jalan yg terbaik utk aku satu hari nanti.

Tuesday, December 4, 2012

hari besar

Posted by Nur Amy Yussiela at 11:02 PM
ape kate kamu: 
0 comments
assalamualaikum reader

hari ni adalah 'hari besar' untuk adik aku yg baru bertatih meniti usia dewasa. hari ini adalah hari kami meraikan konvokesyen diploma nya di uitm kampus perak. alhamdulillah syukur ya rabb. dgn rahmat dan nikmat mu, adik berjaya menamatkan pengajian peringkat
diplomanya dan kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam peringkat ijazah . alhamdulillah sekali syukur ya Allah. sepanjang hari ni org yg ceria tentulah mak. aku tau mak sgt bangga dgn adik. aku tau, serasa seperti terbayar sedikit penat lelah mak membesarkan kami dua beradik . alhamdulillah, kini mak sudah mampu mengukir senyum yg semakin lebar dengan kejayaan anak anaknya. kedua-dua anak nya berjaya menjejak kaki ke universiti sahaja sudah cukup melegakan hati dia. insyaallah mak. kitorang akan jadi manusia. untuk bahagiakan mak selagi termampu. amin.

 

Dia Perempuan Itu Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review